Assalamualaikum
today i'm gonna tell you a lil bit about my bestie, Aliah
kalau uolss selalu baca blog ni, you'll notice,
banyak kali aku mention nama Aliah dalam cerita aku..haha
ok, first of all kita tengok sikit profile dia
Name: Aliah Syafiqah
Age: 22 years old
DOB: 9 Oct 1992
Siblings: 5 (eldest)
About her:
- pandai masak
- kemas rumah
- friendly (boleh masuk dengan semua kategori umur)
- kaya, businesswoman (byk jual barang online)
- cepat touching
- suka nyanyi
- minat photography (hobi dia meng'edit' gambar sepenuh masa)
haaa k cukup la tu kot..kang terkeluar plak benda2 yg tak sepatutnya..eheh
Cerita dia, aku start kenal Aliah ni kat sekolah rendah al-amin gombak.
Tapi masa tu kenal cenggitu jela, tak rapat mana..yela, al-amin ni kecik je,
so boleh kenal semua orang, satu batch ke, senior ke, junior je, semua kenal.
So, masa sekolah menengah aku pindah, tak stay al-amin dah,
tapi aliah stay sampai form 4.
Masa form 5, Aliah pindah rumah, so pindah sekolah sekali lah
tup2 masuk SEKOLAH aku, KELAS aku...haaa tak ke haru?? haha
haa ni ada satu gambar kenangan masa form 5
tu ha Aliah yg pakai baju belang tuh
lepas SPM, semua dah bawak haluan masing2
aku masuk fast track account kat uitm puncak perdana
aliah masuk matrik kat melaka
the rest tu rata2 semua masuk matrik or foundation
k terpisah lagi
Satu hari aku tengah jalan2 kat area kolej aku,
(yg ni aku tak ingat sangat cemana cerita dia)
tapi yg pasti aku TERSEREMPAK LAGI dengan Aliah
and i was like,
"WOII KAU BUAT APA KAT SINI??"
lepastu sembang kencang ah cemana daripada matrik boleh sesat kat fast track pulak
(amik account pulak tuh!)
K, belajar sama tempat lagi, okayyy
tapi Aliah sem 2 dia dah pindah melaka,
and that's when i thought that
"ni mungkin terpisah betul"
haha alaa hakikatnya everytime cuti mid ke cuti sem ke memang kitorang akan meet up pon
dah macam wajibul ghunnah
so takde rasa terpisah sangat pon
cuma dah takde tempat nak bergosip malam2 la..haha
ok ni wajah2 zaman diploma..hahaha XD
2013,
aku masuk degree,
Aliah baru habis diploma
tapi bertekad confirm muktamad dia nak tukar course,
tak nak amik account dah
(yeah i know how you feel dear)
tapi biasalah, uitm ni kalau org nak tukar course,
mmg leceh sikit, they'll prioritize budak2 penerapan dulu
so cerita dia aliah tak dapat offer masa 1st intake upu haritu,
kebetulan la masa tu aku kat makkah, so dia mintak aku doakan,
aku pon doakan lah yg terbaik
and alhamdulillah,
few weeks after that, aliah bagitau dia dah dapat offer from uitm
and guess what???
SAMA TEMPAT LAGI dengan aku!!
waaaa kejodohan apekah ini??
cardigan pon nak matching..haha |
senang cerita, sekarang ni aku tengah study sama2 dengan aliah
evendo kos lain2
eh jap, bukan study JE sama2 tau,
but we even have become HOUSEMATE!
hahahaha..=D
terasa kelakar sungguh la
nampak tak betapa Allah dah aturkan life kita?
nampak tak betapa kecik cinonet nya dunia ni?
aku kalau setakat nak sama tempat belajar je takpe lagi kot,
ni dah sampai tahap SERUMAH
dia lah teman aku bergosip malam2
dia lah teman aku pergi balik gombak time cuti
dia lah tolong masakkan dinner kt rumah
semua dia lah..cewahhh..puji melambung tak leh bla..hahaha
therefore siapa nak pergi minang dia silalah =P
eh jap tak habis cerita lagi ni, sabar la
pokok pangkalnya aku nak bagitahu yg kelmarin,
bersamaan 12 Mei 2014,
makcik ni dah berjaya bergelar graduan uitm!! wohooo!!
TAHNIAHHH!!!
i know she's gone through a lot to stand where she is right now,
and that's why i want you to keep going, keep fighting and move forward,
never give up until you've succeed, because in the end,
you know it's gonna worth it,
but first, of course you need to have faith in Allah
because He knows you BETTER than yourself!
unfortunately i couldn't go to her convocation day =(
evendo hakikatnya aku dah plan baik punya nak surprise kan dia kt sana
siap dah google accommodation bagai
tapi dah ditakdirkan aku tak dapat pergi,
yang aliah pulak, petang lepas konvo tu dia call aku,
dia kata sedih sebab kawan2 dia tak datang,
org lain amik gambar dgn parents, parents dia plak pergi sembahyang
hahahaha XD
yelaaa..k fine laa..mmg aku rasa bersalah ponnn
sbb time aku, aizat and shefah convo dulu aliah datang kitorg punya convo
so the only thing yg aku buat was giving her a congratulations card,
pastu tulis la ayat touching2 sikit,
end up tak sangka dia nangis betul2..hahahaha
malam tu tetibe masuk bilik aku,
saying that aku dah buat dia nangis..hahaha
adehh..kelakar la makcik nih
ada je benda nak buat aku gelak
So, that's all for today's entry
sekarang ni korang faham la kan why do we look so close together?
kat instagram tu je dah penuh gambar dia..haha
well, she's my childhood friend, girlfriend, bestfriend
bak kata aliah,
"kalau kau ni lelaki farah, dah lama aku kahwin dengan kau!"
hahaha same goes to me lah
nak buat macam mana,
since primary school until now,
Allah dah takdirkan kitorang utk selalu together,
forever till jannah insyaAllah =D